Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Saktah dari segi bahasa bermaksud diam. Dari segi istilah ilmu tajwid Saktah bermaksud memberhentikan bacaan tanpa memutuskan nafas sekadar tidak lebih dari dua harakat kemudian meneruskan bacaan tersebut dengan nafas yang sama. 

Berhenti seketika. Berhenti seketika tanpa menarik nafas.

Info Tambahan
  • Tanda saktah adalah di antara tanda waqaf yang sedikit sahaja yang terdapat di dalam al-Quran. Maka apabila pembaca menemuinya, perlulah diraikan waqaf ini.
  • Apabila terdapat tanda waqaf (س), maka yang harus di lakukan ialah berhenti sejenak sehingga memutus bacaan tanpa mengambil nafas baru.
Contoh Kalimah
  • لَّابَلْ ۜ رَانَ (al mutaffifin: 14)
  • مِن مَّرْقَدِنَا ۜ هَٰذَا (yasin: 52)
  • وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًۜا (kahfi:1)
  • وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ ( qiyamah:27)
Keadaan

Bacaan Saktah hanya berlaku pada keadaan mewasalkan bacaan sahaja. Maka tiada apa yang perlu disaktahkan bagi seseorang yang memilih untuk waqaf.