Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy


Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

https://youtu.be/0EspDbT1w08

Definisi

Mad Silah Qasirah bermaksud mad yang berlaku pada huruf Ha’ dhomir atau Ha’ Kinayah tatkala terletak di antara dua huruf yang berbaris dan tiada huruf hamzah selepasnya.


Huruf & Tanda

Tanda Mad Silah Qasirah adalah bagi huruf Ha’ simpul yang dibaca dua harakat itu, pasti terdapat padanya tanda wau kecil selepas ha’ yang berbaris dhommah, atau ya’ kecil selepas ha’ yang berbaris kasrah.


Cara Sebutan

DIPANJANGKAN sebutan huruf Mad dengan kadar 2 harakat (scara simbolik)


Maklumat Lanjut

Contoh

Kadar Harakat

Kadar harakat untuk Mad Silah Qasirah adalah 2 harakat.

Penamaan

Nama lain bagi Mad Silah Qosirah adalah Mad Silah Sughra. Ia dinamakan Mad Silah Sughra kerana perkataan Silah bermaksud sambung kerana perkataan itu dipanjangkan bacaannya dengan wau dan ya pada ketika wasal, tetapi dibaca sukun ketika waqaf. Dinamakan Sughra kerana tidak terdapat huruf hamzah selepas Ha’ simpul itu.

Leave a Reply