Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
https://youtu.be/BDYteiW-uIc
Definisi
Mad Lazim Kalimi Musaqqal dari segi istilah bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli (sukun pada asal) dalam satu perkataan disertai idgham.
Mad ini dapat dikenal dengan melihat huruf Mad yang diikuti dengan tanda sabdu selepasnya. Di atas huruf mad yang diikuti dengan tanda sabdu itu pula terdapat tanda panjang seperti pedang.
Dipanjangkan sebutan huruf Mad dengan 6 Harakat sahaja.
Maklumat Lanjut
Penamaan
Dinamakan mad ini sedemikian kerana sesuai dengan hukum dan sebab berlakunya mad ini. Di mana perkataan lazim bermaksud hukumnya yang lazim dan kerana adanya pertemuan huruf mad dengan sukun asli. Kalimi pula kerana pertemuan itu berlaku dalam satu perkataan. Musaqqal pula bermaksud berat yakni berat sebutannya kerana pertemuan itu disertai idgham (gabungan).
Harakat
Mad Lazim Kalimi Musaqqal ini dibaca panjang 6 harakat sahaja, tanpa pilihan. Begitu juga dengan semua jenis mad-mad lazim adalah dibaca 6 harakat sahaja kesemuanya.
Contoh
- ٱلصَّآخَّةُ [ A’basa 33]
- ٱلطَّآمَّةُ [ An Naziat 34]
- لَضَآلُّونَ [Al Muthaffin 32]
- تَحَٰٓضُّونَ [Al Fajr 18]
- ضَآلًّا [Ad Dhuha 7]
