Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
https://youtu.be/41Y3-PN3SNQ
Definisi
Mad Asli dari segi bahasa bermaksud Mad yang asal.
Dari segi istilah Mad Asli bermaksud sesuatu yang tidak terikat dengan sebarang sebab sama ada hamzah atau sukun.
Tanda Mad Asli adalah apabila terdapat huruf Mad iaitu Alif, Wau, Ya ا و ي (yang tiada tanda di atasnya) dalam satu kalimah. Dan huruf Mad tersebut didahului dengan huruf -huruf selain Hamzah.
DIPANJANGKAN huruf Mad dengan 2 harakat
Maklumat Lanjut
Contoh
- إِذَا جَاءَ [An Nasr 1]
- سَيَصْلَىٰ [ Al Masad 3]
- هَٰذَا الْبَيْتِ [ Quraysh 3]
- الَّذِينَ [ Al Ma’un 6]
- يَلْوُونَ [ Ali Imran 78]
Kadar Harakat
Kadar harakat atau panjang Mad Asli adalah 2 harakat tidak kurang ataupun lebih.
Penamaan
Asli bermaksud asal, kerana kadar 2 harakat adalah sekurang kurang kadar pemanjangan, sedangkan 1 harakat tidak dikira sebagai bacaan yang Panjang. Begitu juga jika lebih dari 2 harakat.
Nota Tambahan
Pemanjangan yang dimaksudkan di sini ialah pemanjangan pada huruf alif apabila ia didahului oleh baris fathah (baris atas), huruf wau apabila ia didahului dengan baris dhommah (baris hadapan) dan huruf ya’ apabila ia didahului oleh baris kasrah (baris bawah).
