Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy


Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

https://youtu.be/BDYteiW-uIc

Definisi

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf dari segi istilah bermaksud pertemuan huruf Mad dengan Sukun asli (pada asal) dalam satu perkataan tanpa idgham.


Huruf & Tanda

Mad ini dapat dikenal dengan melihat huruf mad yang diikuti dengan tanda sukun selepasnya. Di atas huruf mad yang diikuti tanda sukun itu pula terdapat tanda panjang seperti pedang.


Cara Bacaan

Dipanjangkan sebutan huruf Mad dengan 6 harakat sahaja.


Maklumat Lanjut

Penamaan

Dinamakan Mad ini Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf dengan sebab yang sama seperti Mad Lazim Kalimi Musaqqal. Cuma perbezaannya adalah pada perkataan mukhaffaf itu sahaja. Di mana perkataan Mukhaffaf bermaksud ringan iaitu ringan pada sebutan kerana tiada idgham dan syiddah (sabdu) pada sebutan perkataan mad ini.

Contoh

Kadar Harakat

Mad lazim Kalimi Mukhaffaf ini dibaca dengan kadar pemanjangan 6 harakat sahaja sama seperti mad-mad lazim yang lain.

Leave a Reply