MAD WAJIB MUTTASIL | مد واجب متصل

CARA BACAAN 

DIPANJANGKAN 

DIPANJANGKAN sebutan huruf Mad dengan kadar 4 atau 5 harakat

CONTOH-CONTOH  

  • سَوَاءٌ [ Al Baqarah 6]
  • السُّفَهَاءُ [ Al Baqarah 13]
  • السَّمَاءِ [ Al Mulk 16]
  • مَّاءٍ [ At Tariq 6]
  • شَاءَ [ Al Baqarah 20]

DEFINISI

Perkataan mad muttasil bermaksud bersambung atau berhubung. Mad Muttasil dari segi istilah pula bermaksud huruf mad yang bertemu atau bersambung pada hamzah dalam satu perkataan yang sama. 

Huruf mad dan hamzah itu ada yang bertemu di pertengahan perkataan dan ada yang bertemu di akhir perkataan. 

 

KADAR HARAKAT 

Kadar panjang bacaan mad muttasil itu berbeza pada keadaan wasal (di tengah) dan waqaf (di akhir) seperti berikut:

  • 4 atau 5 harakat        : jika wasal pada hamzah
  • 4, 5 atau 6 harakat    : jika waqaf pada hamzah

TANDA-TANDA

Mad Muttasil boleh dikenal dengan melihat huruf mad yang diikuti dengan hamzah selepasnya dan mempunyai tanda panjang di atasnya.

 

PENAMAAN 

Dinamakan mad ini sebagai muttasil yang bermaksud bersambung kerana huruf mad dan hamzah itu bertemu atau bersambung dalam satu perkataan yang sama. 

 

NOTA TAMBAHAN 

  • Mad muttasil adalah wajib hukum bacaannya. Ini adalah kerana wajib membaca mad ini dengan 4 atau 5 harakat di sisi Hafs.
  • Membaca dengan 2 harakat pada mad muttasil adalah dilarang kerana ada riwayat yang sahih menyatakan tentang larangan tersebut iaitu apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Jazari dengan sanadnya yang sahih lagi kuat hingga ke Ibnu Mas’ud r.a.