Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Dari segi istilah Mad Silah Towilah bermaksud pertemuan Ha’ Dhomir atau Ha’ Kinayah dengan hamzah pada dua perkataan dengan syarat ha’ dhomir itu mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris.

Mad Silah ini boleh dikenal dengan melihat huruf Ha’ simpul yang diikuti dengan huruf ya kecil atau wau kecil yang mempunyai tanda panjang di atasnya dan diikuti pula dengan huruf hamzah.

DIPANJANGKAN sebutan huruf Mad dengan kadar 4 atau 5 harakat (secara simbolik)

Contoh
  • لِمِثۡلِهِۦۤ أَبَدًا [ An Nur 17]
  • أَنَّ مَالَهُۥۤ أَخۡلَدَهُۥ [ Al Humazah 3]
  • مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِیَاۤءَۗ [ Al A’raf 3]
Kadar Harakat

Kadar harakat Mad Silah Towilah sama dengan kadar panjang mad Munfasil iaitu 4 atau 5 harakat ketika wasal di sisi Riwayat Hafs melalui Toriq Asy-Syatibiyyah. Manakala ketika waqaf ha’ dhomir itu disukunkan dan tidak dipanjangkan.

Penamaan

Nama lain Mad Silah Towilah adalah Mad Silah Kubra. Dinamakan Silah yang bermaksud sambung adalah kerana perkataan itu dipanjangkan bacaannya dengan wau atau ya pada ketika wasal, tetapi dibaca sukun ketika waqaf. Dinamakan Kubra pula kerana ia diikuti oleh hamzah berbaris selepasnya yang menyebabkan ia dibaca lebih dari 2 harakat iaitu 4 atau 5 harakat.

Nota Tambahan

Hukumnya adalah Jaiz iaitu harus hukum pemanjangannya. Maka mad ini harus dibaca 4 atau 5 harakat di sisi Imam Hafs ‘An Asim melalui aliran Imam As-Syatibiah.