MAD LAZIM KALIMI MUKHAFFAF | مد لازم كلمي مخفف

CARA BACAAN 

DIPANJANGKAN 

DIPANJANGKAN sebutan huruf Mad dengan 6 harakat sahaja.

CONTOH-CONTOH

 

  • ءَاۤلۡـَٔـٰنَ [ Yunus 51]
  • ءَاۤلۡـَٔـٰنَ [ Yunus 91]

DEFINISI

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf dari segi istilah bermaksudpertemuan uruf mad dengan sukun asli (pada asal) dalam satu perkataan tanpa idgham.

 

KADAR HARAKAT 

Mad lazim Kalimi Mukhaffaf ini dibaca dengan pemanjangan 6 harakat sahaja sama seperti mad-mad lazim yang lain.

 

TANDA-TANDA

Mad ini dapat dikenal dengan melihat huruf mad yang diikuti dengan tanda sukun selepasnya. Di atas huruf mad yang diikuti tanda sukun itu pula terdapat tanda panjang seperti pedang atau biasanya dipanggil tanda ombak.

PENAMAAN 

 Dinamakan mad ini Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf dengan sebab yang sama seperti Mad Lazim Kalimi Musaqqal . Cuma perbezaannya adalah pada perkataan mukhaffaf itu sahaja. Di mana perkataan Mukhaffaf bermaksud ringan iaitu ringan pada sebutan kerana tiada idgham dan syiddah (sabdu) pada sebutan perkataan mad ini.