MAD LAZIM HARFI | مد لازم حرفي

CARA BACAAN 

DIPANJANGKAN 

DIPANJANGKAN sebutan 8 huruf Hijaiyah dengan kadar 6 harakat

CONTOH-CONTOH

  • الۤمۤ [ Al Baqarah 1]
  • الۤرۚ [ Yunus 1]
  • طسۤ [ An Naml 1]
  • الۤمۤرۚ [ Al Rad 1]
  • طه [ Taha 1]
  • كۤهیعۤصۤ [ Maryam 1]

 

DEFINISI

Mad Lazim Harfi ialah pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu huruf. Mad Lazim Harfi ini hanya ditemui di awal sesetengah surah dalam Al-Quran.

 

TANDA-TANDA

Kesemua huruf-huruf Mad Lazim Harfi yang 8 itu mesti dibaca enam harakat apabila ditemui di awal surah.

ن ق ص ع س ل ك م

KADAR HARAKAT

Kesemua huruf-huruf Mad Lazim Harfi yang 8 itu mesti dibaca enam harakat apabila ditemui di awal surah. 

NOTA TAMBAHAN

Mad Lazim Harfi adalah mad yang tetap iaitu mesti di dalam hukum pemanjangannya. Di mana ia mesti dipanjangkan dengan 6 harakat sahaja, kerana itulah yang disepakati oleh para Qurra’ dalam pemanjangan mad jenis lazim ini.