Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Mad Lazim Harfi ialah pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu huruf. Mad Lazim Harfi ini hanya ditemui di awal sesetengah surah dalam Al-Quran.
Huruf-huruf yang dihukumkan sebagai Mad Lazim Harfi ada 8 kesemuanya iaitu:
ن ق ص ع س ل ك م
Dipanjangkan sebutan 8 huruf Muqottoah dengan kadar 6 harakat.
Info Tambahan
Mad Lazim Harfi adalah mad yang tetap iaitu mesti di dalam hukum pemanjangannya. Di mana ia mesti dipanjangkan dengan 6 harakat sahaja, kerana itulah yang disepakati oleh para Qurra’ dalam pemanjangan mad jenis lazim ini.
Kadar Harakat
Kesemua huruf-huruf Mad Lazim Harfi yang 8 itu mesti dibaca enam harakat apabila ditemui di awal surah tertentu.
Contoh
- الۤمۤ [ Al Baqarah 1]
- الۤرۚ [ Yunus 1]
- طسۤ [ An Naml 1]
- الۤمۤرۚ [ Al Rad 1]
- طه [ Taha 1]
- كۤهیعۤصۤ [ Maryam 1]