
MAD ASLI | المد الأصلي
Mainkan - Mad Asli
CARA BACAAN
DIPANJANGKAN
DIPANJANGKAN huruf Mad dengan 2 harakat
CONTOH-CONTOH
إِذَا جَاءَ [An Nasr 1]
سَيَصْلَىٰ [ Al Masad 3]
هَٰذَا الْبَيْتِ [ Quraysh 3]
الَّذِينَ [ Al Ma’un 6]
يَلْوُونَ [ Ali Imran 78]
DEFINISI
Mad Asli dari segi bahasa bermaksud Mad yang asal.
Dari segi istilah Mad Asli bermaksud sesuatu yang tidak terikat dengan sebarang sebab samada hamzah atau sukun.
KADAR HARAKAT
Kadar harakat atau panjang Mad Asli adalah 2 harakat tidak kurang ataupun lebih.
TANDA-TANDA
Tanda Mad Asli adalah apabila terdapat huruf Mad iaitu Alif,Wau,Ya ا و ي dalam satu kalimah. Dan huruf Mad tersebut didahului dengan huruf -huruf selain Hamzah.
NOTA TAMBAHAN
- Pemanjangan yang dimaksudkan di sini ialah pemanjangan pada huruf alif apabila ia didahului oleh baris fathah (baris atas), huruf wau apabila ia didahului dengan baris dhommah (baris hadapan) dan huruf ya’ apabila ia didahului oleh baris kasrah (baris bawah).
PENAMAAN
Asli bermaksud asal, kerana kadar 2 harakat adalah sekurang-kurang kadar pemanjangan, sedangkan 1 harakat tidak dikira sebagai bacaan yang panjang. Begitu juga jika lebih dari 2 harakat, ia sudah melebihi pemanjangan yang asal.