Gabungkan

DIGABUNGKAN sebutan huruf Lam dengan huruf selepasnya

ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن

Tanda Alif Lam Shamsiyyah adalah apabila terdapat huruf Lam yang tidak berbaris dalam satu kalimah bertemu dengan 14 huruf Shamsiyyah di atas dan diikuti selepasnya dengan tanda syaddah .

Cara bacaan huruf Alif Lam yang ditemui sebelum 14 huruf Syamsiyyah ini ialah Idgham (DIGABUNGKAN) iaitu, menggabungkan suara huruf Lam tersebut ke dalam huruf selepasnya dan kebiasaannya akan disusuli dengan tanda syaddah.

Idgham di sini bukan bermaksud mendengungkan atau memanjangkan suara huruf Lam tersebut tetapi ia bermaksud mengabaikan huruf Lam dalam bacaan dan memasukkan bunyi huruf selepas Lam dalam bacaan.

Definisi Lengkap

Alif Lam Shamsiyah adalah Alif Lam Sukun/Mati yang bertemu dengan salah satu huruf shamsiyyah dan dibacakan dengan Idgham/memasukkan. Satu perumpamaan untuk memahami hukum Alif Lam adalah seperti:

  • Lam Qamariah (Lam Bulan) dibaca dengan jelas seperti bintang yang jelas diwaktu malam.
  • Lam Shamsiyyah (Lam Matahari) pula dibaca dengan tidak jelas seperti bintang yang ada, tetapi tidak kelihatan diwaktu siang.
Penamaan - Kaitan

Lam Shamsiyyah juga digelar sebagai Idgham Syamsi. Digelar Idgham kerana huruf Lam sukun yang digabungkan atau memasukkan ke dalam huruf bacaannya. Digelar Syamsi pula kerana huruf-huruf yang ditemui selepas huruf lam sukun itu terdiri daripada huruf-huruf Syamsiyyah.

Penamaan hukum-hukum Lam sukun dengan Qamar yang bermaksud bulan dan Syams yang bermaksud matahari adalah kerana Lam sukun itu diumpamakan sebagai bintang. Oleh kerana bintang keluar di waktu malam, bulan juga akan kelihatan jelas di malam hari (Izhar). Sebaliknya apabila matahari keluar di waktu siang, bintang akan lenyap pula di siang hari (Idgham).  

Penamaan sebagai Qamari dan Syamsi juga bagi membezakan Izhar dan Idgham bagi bab ini dengan Izhar dan Idgham dalam bab Nun dan Mim Sakinah.

Contoh Kalimah
  • الرَّحْمَٰنِالرَّحِيمِ [Al fatihah 1]
  • يَوْمِالدِّينِ [Al fatihah 4]
  • قُلْأَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ [An Nas 1]
  • مَلِكِالنَّاسِ [An Nas 2]
  • اللَّهُالصَّمَدُ [ Al Ikhlas 2]