Untuk mencari hukum lam, pertama sekali perlu mengenalpasti huruf lam yang sebelumnya mengandungi hamzah wasal ( ٱ ).
*Sila klik hukum untuk rujukan lanjut.
Lam yang bertanda mati, hukumnya Alif Lam Qamariyyah dan dibaca dengan jelas bunyi huruf Lam.
Lam yang tidak bertanda mati, hukumnya Alif Lam Syamsiyyah dan cara bacaannya jangan dijelaskan bunyi lam.