Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy


Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

https://www.youtube.com/watch?v=4VuMpBFhqCE&list=PLzVrMBowK6EOW5WyUWHenfOOTsOk_UAWD&index=1&pp=iAQBhttps://www.youtube.com/watch?v=0sg5xJw3Ufw

Cara Sebutan

Jelaskan.

Bunyi huruf Lam disebut dengan JELAS tanpa dengung


Huruf & Tanda

أ ب ج ح خ ع ف ق ك م وغ ه ي

Tanda Alif Lam Qamariyyah adalah apabila terdapat huruf Lam yang berbaris Sukun dalam satu kalimah bertemu dengan 14 huruf Qamariyyah di atas .



Cara Bacaan

Cara bacaan huruf Alif Lam yang ditemui sebelum 14 huruf Qamariyyah ini ialah Izhar(DIJELASKAN) iaitu dengan mensukunkan huruf Lam tersebut.

Maksud mensukunkan bacaan di sini ialah menyatakan bacaannya dan tidak menggabungkan  huruf Lam tersebut ke dalam huruf selepasnya. 

Izhar di sini juga bermaksud tidak memanjangkan suara huruf Lam tersebut dan tidak juga memantulkan suara Lam sukun itu seperti Qalqalah.


Maklumat Lanjut

Definisi Lengkap

Alif Lam Qamariyyah adalah Lam Sakinah/Sukun yang bertemu dengan salah satu huruf Qamariyyah dan dibaca dengan MENJELASKAN huruf Lam. Satu perumpamaan untuk memahami hukum Alif Lam adalah seperti:

Penamaan – Kaitan

Alif Lam Qamariyyah juga digelar Izhar Qamari.

Digelar Izhar kerana huruf Lam sukun yang dizahirkan bacaannya. Digelar Qamari pula kerana huruf-huruf yang ditemui selepas Lam sukun itu terdiri dari huruf Qamariyyah.

Penamaan hukum-hukum Lam sukun dengan Qamar yang bermaksud bulan dan Syams yang bermaksud matahari adalah kerana Lam sukun itu diumpamakan sebagai bintang. Oleh kerana bintang keluar di waktu malam, bulan juga akan kelihatan jelas di malam hari (Izhar). Sebaliknya apabila matahari keluar di waktu siang, bintang akan lenyap pula di siang hari (Idgham).

Dinama sebagai Qamari dan Syamsi juga bagi  membezakan Izhar dan Idgham bagi bab ini dengan Izhar dan Idgham dalam bab Nun dan Mim Sakinah.

Contoh Kalimah

Leave a Reply