Sembunyikan
Bunyi Huruf Mim DISEMBUNYIKAN / DISAMARKAN dengan merengangkan bibir ke dalam sebutan huruf Ba beserta dengung 2 harakat.
ب
Tanda Ikhfa’ Syafawi adalah apabila Mim sakinah tanpa baris bertemu dengan huruf Ba seperti diatas.
(Ba)
Bacaan Ikhfa’ Syafawi ialah Menyembunyikan atau Menyamarkan sebutan Mim Sakinah iaitu dengan melafazkan sebahagian hurufnya sahaja.
Cara bacaan Ikhfa Syafawi sama seperti cara bacaan Iqlab pada hukum nun sakinah iaitu dengan meringankan bibir semasa menyebut mim sukun, iaitu dengan tidak merapatkan bibir sepenuhnya.
Ini supaya bunyi mim tidak dilafazkan dengan sempurna (disembunyikan) dan dilepaskan udara ke pangkal hidung untuk mengeluarkan suara dengung.
Ikhfa’ Syafawi adalah Mim sukun tapi tidak bertanda mati yang bertemu dengan huruf Ba.
Dari segi istilah Ikhfa’ Syafawi bererti menyembunyikan sebutan Mim Sakinah beserta dengung.
Hukum ini dinamakan Ikhfa’ kerana huruf mim sakinah yang disembunyikan sebutannya. Dinamakan Syafawi kerana kedua-dua huruf ini keluar dari makhraj bibir.
Huruf ( م ) dibaca secara Ikhfa’ apabila bertemu ( ب ) kerana kedua-dua huruf ini adalah sama pada makhraj iaitu makhraj bibir (Syafawi) dan sama pada kebanyakan sifat.
Di samping itu, sukar untuk melafazkan hukum ini secara Izhar semata-mata atau Idgham semata-mata.
Maka, hukum yang paling tepat baginya ialah Ikhfa’, iaitu sebutan pertengahan antara izhar dan idgham.
- وَمَاهُم بِخَارِجِينَ [ Al Ma idah 37]
- تَقِيكُمبَأْسَكُمْ [ Al Nahl 81]
- وَهُمبَدَءُوكُمْ [ At Tawbah 13]
- أَنفُسَكُمبِاتِّخَاذِكُمُ [ Al Baqarah 54]
- أَنتُم بِمُعْجِزِينَ [ Hud 33]