Sembunyikan.
DISEMBUNYIKAN/SAMARKAN sebutan huruf Nun Sakinah/Tanwin tidak Selari beserta dengung 2 harakat.
ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك
Tanda Ikhfa’ Hakiki adalah apabila Nun sakinah tanpa baris atau tanda Tanwin tidak selari bertemu dengan 15 huruf Ikhfa’ di atas.
(Ta, Sa, Jim, Dal, Dzal, Zai, Sin, Shin, Sod, Dhod, Tho, Dzho, Fa, Kof, Kaf)
Ikhfa’ adalah sebutan pertengahan di antara Izhar (jelas) dan Idgham (gabung) atau samar.
Apabila Nun sakinah atau Tanwin tidak selari bertemu 15 huruf Ikhfa’, maka hendaklah di dengungkan Nun tanpa menzahirkannya (izhar) atau menggabungkannya (idgham) dengan huruf selepasnya sekadar 2 harakat.
Ikhfa’ haqiqi dari segi bahasa bererti sembunyi atau samar. Hakiki bererti berlaku dengan sebenar-benarnya.
Dari segi istilah pula Ikhfa’ bermaksud membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar atau sebut secara samar samar dan sebutan Idgham berserta dengung.
Hukum ini dinamakan Ikhfa’ Haqiqi kerana Ikhfa’ yang berlaku pada nun sakinah dan tanwin di sini berlaku dengan sebenar-benarnya berbanding dengan Ikhfa’ Majazi (tidak sebenar) pada Ikhfa’ Syafawi dan Iqlab.
Alasan membaca ikhfa’ pada huruf-huruf ini adalah kerana tiada kaitan antara nun sukun dengan 15 huruf tersebut pada makhraj dan sifat, yang membolehkan ia dibaca secara idgham. Huruf-huruf tersebut tidak juga berjauhan dengan Nun sukun pada makhraj dan sifat yang membolehkan ia dibaca secara izhar. Maka sudah tentu cara pertengahan adalah ikhfa’ iaitu penyembunyian sebutan Nun sukun dengan tidak melafazkannya dengan sempurna.
- بِمَاأُنزِلَ إِلَيْكَ [ Al Baqarah 4]
- شَيْءٌفِي [ Ali Imran 5]
- حُوبًاكَبِيرًا [ An Nisa 2]
- صَعِيدًاطَيِّبًا [Al Maidah 6]
- لِتُنذِرَ بِهِ [ Al A’raf 2]
- Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham (gabungan huruf) pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan Nun sakinah tersebut.
- Lafaz ikhfa’ yang fasih akan menghasilkan bunyi dengung yang berbeza mengikut makhraj huruf yang berikutnya dan pendengar dapat mengetahui apakah huruf yang bakal disebut.