Gabungkan
Bunyi Huruf Mim Pertama DIGABUNGKAN ke dalam sebutan huruf Mim Kedua beserta dengung 2 harakat.
Tanda Idgham Syafawi adalah apabila huruf Mim sakinah tanpa baris bertemu dengan huruf Mim bertanda syaddah.
(Mim)
Bacaan Idgham Syafawi adalah apabila mim sakinah bertemu dengan huruf mim yang berbaris , maka hendaklah dimasukkan suara Mim Sakinah ke dalam mim yang berbaris itu dengan disertai dengung.
Ini dapat dipastikan dengan merapatkan kedua-dua bibir dengan sempurna dan ditekan udara ke pangkal hidung untuk menyempurnakan dengung Mim Sakinah itu dengan kadar 2 harakat.
Idgham Syafawi terjadi apabila bertemunya 2 huruf Mim. (Huruf Mim tidak bertanda mati bertemu dengan Huruf Mim).
Idgham Syafawi dari segi istilah bererti menggabungkan Mim Sakinah ke dalam huruf mim berbaris beserta dengung 2 kadar harakat.
Hukum ini dinamakan Idgham kerana penggabungan mim ke dalam mim yang kedua dan dinamakan Syafawi kerana kedua-dua huruf ini keluar dari makhraj bibir. Suara MIM SAKINAH yang digabungkan ke dalam MIM YANG BERBARIS kerana kedua-dua huruf yang bertemu adalah dari huruf yang sama makhraj dan sifat-sifatnya.
Idgham Syafawi juga dinamakan Idgham Mislain Soghir oleh kebanyakan ulama kerana perkataan Mislain bermaksud dua huruf yang serupa. Perkataan Soghir pula bermaksud huruf pertamanya sukun dan huruf kedua berbaris. Jika Idgham ini dinamakan dengan Idgham Mislain Soghir maka ia bermaksud menggabungkan suara mim sukun ke dalam mim berbaris.
Penamaan Idgham ini dengan Idgham Syafawi adalah lebih baik berbanding Idgham Mislain Soghir kerana penamaannya dengan Mislain Soghir akan melibatkan perbincangan ilmu Qiraat yang tidak diketahui ramai.
- ُممَّا كَانُوا [ Al An’am 28]
- لَهُممَّا قَدْ سَلَفَ [Al Anfal 38]
- قَبْلِهِممِّثْلَ [Al Baqarah 118]
- إِنكُنتُم مُّؤْمِنِينَ [ Al Baqarah 91]
- جَاءَهُم مُّنذِرٌ [ Sad 4]