Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Masuk/Gabungkan

MEMASUKKAN/MENGGABUNGKAN bunyi huruf Nun Sakinah/TanwinTidak Selari dengan 4 huruf Idgham selepasnya beserta dengung 2 harakat.

ي و م ن

Tanda Idgham Bi Ghunnah adalah apabila nun sakinah tidak berbaris / tanda tanwin yang tidak selari bertemu dengan 4 huruf Idgham di atas. 

(Ya,Wau,Mim,Nun)

Bacaan Idgham Bi Ghunnah berlaku apabila huruf nun sakinah atau tanwin tidak selari bertemu dengan 4 huruf ini Ya( ي ), Wau( و ), Mim ( م ) dan  Nun ( ن )   sahaja.

Maka hendaklah digabungkan bacaan nun itu ke dalam huruf selepasnya kemudian didengungkan. Maka suara nun akan lenyap dan yang jelas didengari adalah suara huruf-huruf idgham itu.

Hendaklah dipastikan adanya suara dengung pada nun bertemu huruf wau dan ya bukan sekadar diidghamkan sahaja dan kadar dengungnya adalah 2 harakat.

Definisi Lengkap

Idgham Bi Ghunnah bermaksud menggabungkan atau memasukkan huruf Nun sukun ke dalam huruf yang berbaris selepasnya berserta dengung 2 harakat.

Penamaan - Kaitan

Dinamakan Idgham Bi Ghunnah kerana gabungan atau kemasukan huruf nun dengan huruf-huruf tersebut adalah berserta dengung.

Contoh Kalimah
  • أَنيَضْرِبَ [ Al Baqarah 26]
  • أَنيُوصَلَ [ Al Baqarah 27]
  • مِنوَلِيٍّ [ Al Baqarah 107]
  • عَامِلَةٌنَّاصِبَةٌ [ Al Ghasyiyah 3]
  • عَهْدًا نَّبَذَهُ [ Al Baqarah 100]