Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Masuk/Gabungkan

MEMASUKKAN/MENGGABUNGKAN huruf Nun Sakinah/ Tanwin Tidak Selari dengan huruf selepasnya (tanpa dengung)

ل  ر

Tanda Idgham Bila Ghunnah berlaku apabila huruf Nun sukun tanpa baris atau tanda Tanwin tidak selari bertemu dengan hanya 2 huruf diatas. (Lam dan Ra) .

Tanda Tasydid  juga dapat dilihat diatas huruf Lam dan Ra sebagai tanda berlakunya penggabungan tersebut.

Bacaan Idgham Bila Ghunnah ialah dengan menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya, tanpa didengungkan.

Hendaklah dipastikan suara tidak dipanjangkan semasa menggabungkan huruf Nun ke dalam huruf Lam ( ل  ) dan Ra’ ( ر ), bagi mengelakkan berlakunya dengung.

Definisi Lengkap

Idgham Bila Ghunnah bererti Memasukkan atau menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf selepasnya yang berbaris tanpa dengung.

Penamaan - Kaitan

Dinamakan Idgham Bila Ghunnah kerana gabungan atau kemasukan nun dengan huruf-huruf ini adalah tanpa dengung.

Contoh Kalimah
  • َوْمَئِذٍلَّخَبِيرٌ [ Al A’diyat 11]
  • أَشْتَاتًالِّيُرَوْا [ Az Zalzala 6]
  • خَيْرٌلَّكَ [Ad Dhuha 4]
  • يَكُنلَّ [ Al Ikhlas 4]
  • فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ [ Al Ma’un 4]