Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

digabungkan

MEMASUKKAN/MENGGABUNGKAN huruf Nun Sakinah dengan huruf selepasnya (tanpa dengung)

ل  ر

ن

Tanda Idgham bila Ghunnah apabila huruf Nun sukun tanpa tanda mati atau tanwin tidak selari bertemu dengan hanya 2 huruf iaitu    ل  ر

Tanda Tasydid ّ  juga dapat di lihat pada huruf sebagai tanda berlakunya penggabungan tersebut.

Bacaan Idgham Bi La Ghunnah ialah dengan menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya, tanpa didengungkan.

Hendaklah dipastikan suara tidak dipanjangkan semasa menggabungkan huruf Nun ke dalam huruf Lam ( ل  ) dan Ra’ ( ر ), bagi mengelakkan berlakunya dengung.

Definisi Lengkap

Idgham Bi La Ghunnah bererti Memasukkan atau menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf selepasnya yang berbaris tanpa dengung.

Penamaan - Kaitan

Dinamakan Idgham Bi La Ghunnah kerana gabungan atau kemasukan nun dengan huruf-huruf ini adalah tanpa dengung.

Contoh Kalimah
  • َوْمَئِذٍلَّخَبِيرٌ [ Al A’diyat 11]
  • أَشْتَاتًالِّيُرَوْا [ Az Zalzala 6]
  • خَيْرٌلَّكَ [Ad Dhuha 4]
  • يَكُنلَّ [ Al Ikhlas 4]
  • فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ [ Al Ma’un 4]