Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

dijelaskan.

Perkataan ‘Aridh dari segi bahasa bermaksud yang mendatang. Lissukun pula bermaksud kerana sukun. Ini kerana mad ini terjadi kerana adanya sukun yang didatangkan.

Dari segi istilah Mad ‘Aridh Lissukun ialah mad yang berlaku disebabkan pertemuan huruf mad dengan sukun yang terhasil akibat waqaf. 

Tanda Mad ‘Aridh Lissukun ialah hendak memberhentikan bacaan dan 2 huruf terakhir adalah huruf Mad

DIPANJANGKAN sebutan huruf Mad dengan kadar 2, 4 – 6 Harakat (ketika berhenti)

Contoh
  • الْكَافِرُونَ [Al Kafirun 1]
  • وَالزَّيْتُونِ [ At Tin 1]
  • الْعَالَمِينَ [ Al Fatihah 2]
  • الْمُفْلِحُونَ [ Al Baqarah 5]
  • شَيْءٍ قَدِيرٌ [ Al Mulk 1]
Kadar Harakat

Kadar harakat mad ini adalah; 2, 4 atau 6 harakat.

Kadar dua harakat itu sesuai untuk mereka yang membaca Al-Quran secara Hadr (cepat), kadar empat harakat pula sesuai untuk mereka yang membaca Al-Quran secara Tadwir (sederhana) dan kadar enam harakat pula sesuai untuk mereka yang membaca Al-Quran secara Tartil (perlahan) atau Tahqiq.

Penamaan

Dinamakan mad ini dengan ‘Aridh Lissukun, kerana sukun pada huruf yang diwaqafkan selepas huruf mad itu adalah didatangkan. Jelasnya sukun itu datang kerana tujuan waqaf (memberhentikan bacaan), sedangkan jika diwasalkan ia dipanjangkan dengan kadar Mad Asli sahaja.

Hukum Bacaan

Mad ‘Aridh adalah mad yang Jaiz atau harus tentang hukum pemanjangannya. Ini kerana Mad ini harus dibaca dengan 2, 4 atau 6 harakat di sisi para Qurra’.