Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
https://www.youtube.com/watch?v=BPBCYFxz1Us&list=PLzVrMBowK6EOW5WyUWHenfOOTsOk_UAWD&index=7&pp=iAQBhttps://www.youtube.com/watch?v=7Ty61B1YlbY
Cara Sebutan
Jelaskan.
Bunyi Huruf Nun Sakinah / Tanwin Selari disebut dengan JELAS apabila bertemu 6 Huruf Halqi tanpa dengung.
ء ه ع غ ح خ
Tanda Izhar Halqi adalah Nun sakinah bertanda sukun / Tanwin Selari bertemu dengan salah satu dari enam (6) huruf Halqi diatas.
(Hamzah, Ha, Ain, Ghoin, Ha, Kho)
Izhar bermaksud menjelaskan atau menzahirkan, Halqi bermaksud huruf yang keluar dari Makhraj kerongkong. Oleh itu bacaan Izhar Halqi hendaklah dizahirkan sebutan nun sakinah dan tanwin tanpa mendengungkannya.
Ini dapat dipastikan dengan menekan hujung lidah ke gusi depan sebelah atas, dan tidak membawa suara ke pangkal hidung.
Izhar juga boleh ditunaikan dengan cara mempercepatkan sebutan nun bagi mengelakkan dengung tersebut.
Maklumat Lanjut
Definisi Lengkap
Dari segi bahasa Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi pula bererti kerongkong.
Dari segi istilah, Izhar bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung.
Penamaan – Kaitan
Hukum ini dinamakan sebagai Izhar Halqi kerana nun yang dibaca jelas (izhar) apabila bertemu enam huruf yang keluar dari kerongkong (halqi)
Contoh Kalimah
- وَيَنْأَوْنَ[ Al An’am 26]
- وَالْمُنْخَنِقَة[ Al Maidah 3]
- فَسَيُنْغِضُونَ[ Al Isra’ 51]
- ذَرَّةٍخَيْرًا [ Az Zalzala 7]
- سَلَامٌ هِيَ [ Al Qadr 5]

