Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Tukarkan.

Bunyi Huruf Nun Sakinah / Tanwin DITUKARKAN kepada huruf Mim apabila bertemu Huruf Ba beserta dengung 2 harakat.

ب

Tanda Iqlab adalah apabila Nun sakinah tanpa tanda sukun dan Tanwin yang mempunyai huruf Mim kecil bersamanya bertemu dengan huruf Ba.

Huruf Iqlab hanya satu sahaja iaitu;  Ba ( ب )

Bacaan Iqlab apabila Nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf ( ب ), maka hendaklah ditukarkan sebutan Nun kepada suara mim secara Ikhfa’ berserta dengung.

Maksud Ikhfa’ (bererti sembunyi) di sini ialah melafazkan sebahagian huruf sahaja dan menyembunyikan sebutan sebenarnya

Sebutan Ikhfa’ di sini dapat dipastikan dengan meringankan sebutan mim dengan tidak merapatkan bibir sepenuhnya.

Definisi Lengkap

Iqlab dari segi bahasa bererti tukar.

Dari segi istilah pula Iqlab bererti menukarkan sebutan nun sakinah atau tanwin kepada mim dengan menjaga Ikhfa’ dan dengung.

Penamaan - Kaitan

Dinamakan Iqlab kerana suara Nun ditukar kepada suara Mim secara ikhfa’. Dibaca Iqlab pada Nun sakinah bertemu dengan  ب  , kerana sukar untuk membacanya secara Izhar atau secara Idgham, walaupun nun dan ba’ itu berlainan makhrajnya dan bersamaan pada kebanyakan sifatnya. Maka cara yang paling hampir ialah melafazkannya dengan cara pertengahan antara izhar dan idgham iaitu ikhfa’.

Tetapi ikhfa’ yang berlaku pada sebutan Iqlab ini adalah Ikhfa’ Majazi (samar-samar) bukan Haqiqi (benar-benar), kerana yang diikhfa’kan di sini adalah sebutan mim yang bertukar itu, bukan sebutan nun sakinah itu sendiri.

Huruf pula ditukar kepada Mim kerana Mim mempunyai persamaan dengan ba’ dari segi makhraj dan kebanyakan sifat-sifatnya. Tetapi mim itu dilafazkan sebahagiannya sahaja tanpa merapatkan kedua-dua bibir kerana jika dirapatkan kedua-dua bibir, mim akan dilafazkan dengan sempurna seperti sebutan Idgham Bila Ghunnah sedangkan Iqlab mestilah ada unsur ikhfa’ (penyembunyian) pada sebutannya.

Contoh Kalimah
  • لَّذِینَمِنۢ بَعۡدِهِم [Al-Baqarah 253]
  • ثُمَّٱتَّخَذۡتُمُ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَنتُمۡ ظَـٰلِمُونَ[Al-Baqarah 92]
  • أُوتُوا۟ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَتۡهُمُ[Al-Bayyinah 4]
  • رَجۡمَۢابِٱلۡغَیۡبِۖ [ Al Kahfi 22]
  • سَمِیعُۢ بَصِیرٌ [ Luqman 28]