أ ب ج ح خ ع ف ق ك م وغ ه ي
Tanda Alif Lam Qamariyyah adalah apabila terdapat huruf Lam yang berbaris Sukun dalam satu kalimah bertemu dengan 14 huruf Qamariyyah di atas .
Cara bacaan huruf Alif Lam yang ditemui sebelum 14 huruf Qamariyyah ini ialah Izhar(DIJELASKAN) iaitu dengan mensukunkan huruf Lam tersebut.
Maksud mensukunkan bacaan di sini ialah menyatakan bacaannya dan tidak menggabungkan huruf Lam tersebut ke dalam huruf selepasnya.
Izhar di sini juga bermaksud tidak memanjangkan suara huruf Lam tersebut dan tidak juga memantulkan suara Lam sukun itu seperti Qalqalah.
Alif Lam Qamariyyah adalah Lam Sakinah/Sukun yang bertemu dengan salah satu huruf Qamariyyah dan dibaca dengan MENJELASKAN huruf Lam. Satu perumpamaan untuk memahami hukum Alif Lam adalah seperti:
- Lam Qamariah (Lam Bulan) dibaca dengan jelas seperti bintang yang jelas diwaktu malam.
- Lam Syamsiyyah (Lam Matahari) pula dibaca dengan tidak jelas seperti bintang yang ada, tetapi tidak kelihatan diwaktu siang
Alif Lam Qamariyyah juga digelar Izhar Qamari.
Digelar Izhar kerana huruf Lam sukun yang dizahirkan bacaannya. Digelar Qamari pula kerana huruf-huruf yang ditemui selepas Lam sukun itu terdiri dari huruf Qamariyyah.
Penamaan hukum-hukum Lam sukun dengan Qamar yang bermaksud bulan dan Syams yang bermaksud matahari adalah kerana Lam sukun itu diumpamakan sebagai bintang. Oleh kerana bintang keluar di waktu malam, bulan juga akan kelihatan jelas di malam hari (Izhar). Sebaliknya apabila matahari keluar di waktu siang, bintang akan lenyap pula di siang hari (Idgham).
Dinama sebagai Qamari dan Syamsi juga bagi membezakan Izhar dan Idgham bagi bab ini dengan Izhar dan Idgham dalam bab Nun dan Mim Sakinah.
-
الْحَمْدُ لِلَّهِ [Al Fatihah 2]
-
مِنَ الْجِنَّةِ [An Nas 6]
-
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ [ Al Kauthar 1]
-
وَالْعَصْرِ [ Al Asr 1]
-
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ [ Al Ma’un 7]