Panduan Penggunaan

Sila rujuk pada roda di bahagian dalam. Roda ini menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu sebagai panduan.

Hukum Lam Sakinah ( ل ) – Ibu Jari

Mim Sakinah ( م ) – Jari Telunjuk

Nun Sakinah ( ن ) / Tanwin (ــٌــــٍــــًــ) – Jari Tengah 

Rujuk satu kalimah di dalam al-Quran yang mengandungi huruf Lam Sakinah ( ل ) / Mim Sakinah ( م ) / Nun Sakinah ( ن ) / Tanwin ( ــٌــــٍــــًــ ). Perhatikan huruf selepasnya.

Contoh : بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ       

Putarkan roda cakera dan padankan huruf tersebut dengan jari Lam / Mim / Nun.

Contoh (sila rujuk gambar): padankan huruf ر dengan jari lam ( ل ).

Untuk menentukan hukumnya, sila rujuk grid warna pada bulatan. Grid warna pada bulatan merujuk kepada hukum tajwid di ruas jari.

Grid pada bulatan pertama: Hukum Lam Sakinah 

Grid pada bulatan kedua: Hukum Mim Sakinah

Grid pada bulatan ketiga: Hukum Nun Sakinah

Sila rujuk pada roda mad dan waqaf. 

Untuk mengetahui hukum mad dan waqaf, pertama sekali perlu merujuk pada tanda Mad/ Waqaf.

Grid Kelabu: Tanda Mad

Grid Hitam: Tanda Waqaf

Kemudian, padankan tanda/simbol tersebut pada jari Mad atau jari Waqaf untuk dapatkan cara bacaan.

Rujuk satu kalimah di dalam al-Quran yang mengandungi tanda Mad/ Waqaf. 

Contoh: وَءَامَنَهُم

Huruf mad yang terdapat dalam kalimah ini ialah huruf Alif ( ا ) dan sebelumnya terdapat huruf Hamzah ( ء ).

Rujuk pada grid kelabu yang mengandungi tanda/huruf mad tersebut, maka dapatlah hukum Mad Badal (grid warna ungu).

Kemudian padankan hukum mad tersebut ke jari Mad (jari manis). Hukum Mad Badal bergrid warna ungu, jadi panjang bacaannya adalah 2 harakat

Sila imbas kod QR yang tertera di setiap hukum untuk mendapatkan penerangan yang lebih interaktif beserta contoh audio, tips dan teknik bacaan.

Untuk imbas kod QR, sila muat turun aplikasi ‘QR Scanner‘ di telefon pintar anda.