MAD TAMKIN | مد التمكين

Mainkan - Mad Tamkin

by Jari Tajwid | Hukum Mad

CARA BACAAN 

DIPANJANGKAN 

DIPANJANGKAN sebutan huruf Mad (2 harakat)

CONTOH-CONTOH

  • وَالنَّبِيِّينَ [ Al Baqarah 177]
  • وَإِذَا حُيِّيتُم [ An Nisa 86]
  • كُونُوا رَبَّانِيِّينَ [Ali Imran 79]
  • الْأُمِّيِّينَ رَسُولً [ Al Jumuah 2]
  • عِلِّيِّينَ [ Al Mutaffin 18]

DEFINISI

Mad Tamkin ialah huruf-huruf mad yang bertemu dengan huruf berbaris yang serupa dengan huruf mad tersebut seperti huruf Ya’ sukun bertemu Ya’ berbaris, atau Wau sukun bertemu Wau berbaris.

KADAR HARAKAT 

Kadar harakat bagi mad ini adalah 2 harakat. 

TANDA-TANDA

Tanda Mad Tamkin adalah apabila didapati  huruf Mad dengan huruf yang sama baris dalam satu kalimah.

PENAMAAN 

Apa yang dimaksudkan dengan Tamkin ialah menetapkan huruf mad, dengan erti kata tidak mengabungkannya (idgham) kepada huruf selepasnya. Oleh itu, huruf Wau dan Ya’ ditamkinkan dengan dipanjangkan 2 harakatnya demi menjaga huruf tersebut dari diidghamkan.