MAD LIN |مد اللين

Mainkan - Mad Lin

by Jari Tajwid | Hukum Mad

CARA BACAAN 

LEMBUT / LUNAK

Apabila mewaqafkan bacaan pada kalimat yang terdapat huruf MAD WAU dan MAD YA yang bertanda sukun asli di atasnya dan sebelumnya berbaris atas

CONTOH-CONTOH

 

  • لَا رَيْبَ [Al Baqarah 2]
  • وَبِالْيَوْمِ [ Al Baqarah 8]
  • وَالصَّيْفِ [Quraysh 2]
  • الْبَيْتِ [Quraysh 3]
  • خَوْفٍ [ Qurasyh 4]

DEFINISI 

Mad Lin : Bacaan lunak atau lembut dengan intonasi bacaan yang lunak dan lembut.

Dari segi bahasa, Lin bermaksud lembut atau lunak. Ini adalah kerana sukun yang berlaku pada huruf lin tidak tertahan suaranya, tetapi ia dilafazkan dengan tekanan suara yang lembut dan lunak.

 

TANDA-TANDA 

Huruf Mad yang terlibat untuk Mad Lin ialah huruf Wau dan Ya sahaja. Huruf wau dan ya mestilah bertanda mati dan sebelumnya berbaris fathah.

Ia hanya dikira sebagai mad lin jika diwakafkan bacaan padanya. Jika diwasalkan ia kekal sebagai huruf Lin sahaja.

 

KADAR HARAKAT 

Kadar harakat Mad Lin adalah 2, 4 atau 6 harakat kerana ia adalah sebahagian dari Mad ‘Aridh.

 

PENAMAAN 

Dinamakan Mad ini sebagai Lin kerana adanya huruf Lin yang mendahului sukun ‘aridh (sukun yang dibawa datang) pada huruf yang diwaqafkan itu. 

 

NOTA TAMBAHAN

  • Mad Lin adalah sebahagian dari Mad ‘Aridh maka pemanjangannya juga adalah sama dengan Mad ‘Aridh iaitu Jaiz atau harus hukum pemanjangannya. Ini kerana mad ini harus dibaca dengan 2, 4 atau 6 harakat di sisi para Qurra’
  • Hanya huruf mad wau dan ya sahaja yang terlibat. huruf Alif tidak terlibat.
  • Pembaca boleh memilih samada ingin mewaqafkan bacaan dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat.
  • Bacaan mestilah lunak / lembut dan tidak keras atau mendatar.