Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
https://youtu.be/7kOJec3Bnls
Definisi
Mad Farq bukanlah satu nama atau jenis Mad yang tersendiri. Tetapi apa yang diklasifikasikan sebagai Mad Farq itu adalah sebahagian daripada Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf. Cuma pengistilahan Mad Farq itu dibuat kerana hendak menunjukkan adanya Hamzah istifhamiyah di awal perkataannya yang menyebabkan Hamzah Wasal yang datang selepasnya ditukar menjadi huruf Mad. Huruf Mad itu pula kemudiannya bertemu dengan sukun asli pada huruf selepasnya.
Tanda Mad Farq adalah terdapat Hamzah istifham di hadapan perkataan dan huruf Mad selepasnya bertanda panjang.
Dipanjangkan sebutan huruf Mad dengan kadar 6 harakat.
Maklumat Lanjut
Penamaan
Dinamakan Mad Farq adalah kerana untuk membezakan Hamzah Istifham yang bermaksud pertanyaan (adakah), perkataan Farq pula bermaksud membezakan.
Kadar harakat
Mad Farq ini dibaca dengan pemanjangan 6 harakat sahaja.
Contoh
- قُلۡ ءَاۤلذَّكَرَیۡنِ [Al An’am 143]
- قُلۡ ءَاۤلذَّكَرَیۡنِ [ Al An’am 144]
- ءَاۤللَّهُ [An Naml 59 ]
