Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
https://youtu.be/8MTuiUfjGUs
Definisi
Perkataan ‘Iwadh dari segi bahasa bermaksud ganti.
Dari segi istilah pula ‘Iwadh bermaksud mad yang dibaca 2 harakat sebagai ganti kepada tanwin fathah (baris dua di atas) ketika diwaqafkan.
Tanda Mad ‘Iwadh adalah apabila mewaqafkan atau berhenti pada kalimah yang mempunyai Tanwin fathah.
DIPANJANGKAN KETIKA BERHENTI dibaca dengan baris satu di atas berserta 2 harakat.
Maklumat Lanjut
Contoh
- هُزُوًا [Al Baqarah 67]
- إِمَامًا [ Al Furqan 74]
- نَّذِيرًا [ Al Furqan 51]
- قَلِيلً [ Al Isra 52]
- شَهِيدًا [Al Baqarah 143]
Kadar Harakat
Kadar harakat bagi mad ini adalah 2 harakat.
Penamaan
Dinamakan ‘Iwadh bermaksud ganti, kerana berlaku penggantian pada baris tanwin berfathah (dua di atas) ketika waqaf. Tanwin ini digantikan dengan bacaan baris fathah (satu di atas) berserta kadar panjangnya sebanyak 2 harakat.
Dibaca dengan baris satu di atas berserta mad asli 2 harakat dan hanya tanwin berfathah sahaja yang boleh dibaca panjang dua harakat ketika waqaf.
