Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy


Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Penerangan Hukum + Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Contoh Bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

https://www.youtube.com/watch?v=IbimQLkkrnk&list=PLzVrMBowK6EOW5WyUWHenfOOTsOk_UAWD&index=3&pp=iAQBhttps://www.youtube.com/watch?v=mcHVkOgTha4

Cara Sebutan

Jelaskan

Bunyi Huruf Mim disebut dengan JELAS (dengan merapatkan bibir) tanpa dengung.


Huruf & Tanda

Tanda Izhar Syafawi adalah apabila Mim sakinah bertanda sukun bertemu dengan 26 huruf Hijaiyah selain dari Mim dan Ba.



Cara Bacaan

Bacaan Izhar Syafawi ialah dengan cara MENZAHIRKAN atau MENJELASKAN sebutan Mim Sakinah apabila bertemu dengan 26 huruf selain م dan ب ,  dengan merapatkan bibir dan menahan suara dari naik ke pangkal hidung bagi mengelakkan keluarnya suara dengung.

Bagi memastikan tiada dengung pada sebutan mim, maka bibir hendaklah dibuka semula dengan cepat setelah ia dirapatkan.


Maklumat Lanjut

Definisi Lengkap

Izhar Syafawi adalah Mim bertanda Sukun/Mati yang bertemu dengan SEMUA huruf Hijaiyah yang berbaris kecuali huruf Mim dan Ba.

Dari segi istilah, Izhar Syafawi bererti menzahirkan atau menjelaskan sebutan Mim sakinah dengan tanpa dengung.

Penamaan – Kaitan

Hukum ini dinamakan Izhar kerana huruf Mim Sakinah yang dizahirkan bacaannya. Dinamakan Syafawi pula kerana Mim Sakinah yang dizahirkan itu keluar dari makhraj bibir.

Sebab menzahirkan sebutan Mim Sakinah apabila ia bertemu dengan 26 huruf ini ialah kerana perbezaan makhraj huruf mim dengan huruf-huruf pertemuan tersebut.

Oleh kerana tidak dapat dihadkan makhraj yang khusus bagi 26 huruf itu, maka tidak ditentukan Izhar itu dengan mana-mana makhraj seperti Izhar Halqi pada hukum nun sakinah yang ditentukan makhraj kerongkong padanya, maka di sini ditentukan makhraj mim sahaja iaitu bibir.

Contoh Kalimah

Leave a Reply