IZHAR HALQI | إظهار خلقي

Mainkan - Izhar Halqi

by Jari Tajwid | Hukum Nun

CARA SEBUTAN

DIJELASKAN

Bunyi Huruf Nun Sakinah / Tanwin disebut dengan JELAS apabila bertemu 6 Halqi.

 

CONTOH-CONTOH

  • وَيَنْأَوْنَ [ Al An’am 26]
  • وَالْمُنْخَنِقَة [ Al Maidah 3]
  • فَسَيُنْغِضُونَ [ Al Isra’ 51]
  • ذَرَّةٍ خَيْرًا [ Az Zalzala 7]
  • سَلَامٌ هِيَ [ Al Qadr 5]

DEFINISI

Dari segi bahasa Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi pula bererti kerongkong. Dari segi istilah, Izhar bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung.

 

HURUF PERTEMUAN 

Terdapat 6 huruf halqi kesemuanya, iaitu: 

 ء ه ع غ ح خ

CARA BACAAN

Izhar bermaksud menjelaskan atau menzahirkan, oleh itu hendaklah dizahirkan sebutan nun sakinah dan tanwin tanpa mendengungkannya.
Ini dapat dipastikan dengan menekan hujung lidah ke gusi depan sebelah atas, dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Izhar juga boleh ditunaikan dengan cara mempercepatkan sebutan nun bagi mengelakkan dengung tersebut.

    TANDA-TANDA 

    Tanda Izhar Halqi adalah Nun sakinah tanpa tanda sukun / Tanwin yang bertemu dengan salah satu dari enam (6) huruf Halqi.

      PENAMAAN 

      Hukum ini dinamakan sebagai Izhar Halqi kerana nun yang dibaca jelas (izhar) apabila bertemu enam huruf yang keluar dari kerongkong (halqi).